membuang sesuatu yang dianggapnya tidak berharga. Semakin bernilai dan
semakin berharga
suatu benda, maka akan lebih habis-habisan pula
dijaganya. Bagi seorang Muslim, hidayah dari Allah adalah harta termahal.
Ada seorang wanita yang belum lama masuk Islam (muallaf). Ternyata,
keluarganya tidak boleh menerima kenyataan ini. Ibunya pun mengusirnya
dari rumah. Kejadian itu terjadi menjelang pukul lima petang. Telefon
berdering, suara di hujung telefon bicara dengan tergagap-gagap, "Aa, Aa
tolong A, tolong!." Belum selesai bicara hubungan telefon terputus. Dari
nadanya kelihatan darurat, sehingga jelas-jelas si penelefon sedang
dalam suasana memerlukan bantuan. Sayangnya tidak diketahui di mana ia
menelefonnya? Keadaannya bagaimana?
Setelah hubungan telefon terputus, saya berfikir apa yang boleh
dilakukan? Kerana yang terbayang di benak saat itu adalah justeru si anak
sedang dianiaya, telefonnya direbut atau kabelnya diputuskan. Terbayang
pula andai si anak ini dipaksa kembali ke agama semula oleh orang tuanya.
Tapi sejenak kemudian ingat pula akan Kemahakuasaan Allah bahawa hanya
dengan kurnia-Nya saja hidayah boleh sampai kepada anak itu.
Bila Allah Yang Mahakuasa telah menghunjamkan dalam-dalam hidayah itu
di kalbu, maka tak seorang pun mampu mencabut hidayah dari diri
seseorang. Kita lihat Bilal bin Rabbah, sahabat Rasulullah SAW yang mulia. Ia
dijemur di bawah terik matahari, di bawahnya beralas pasir membara,
badan pun dihimpit batu yang berat, tapi bibirnya yang mulia tetap
mengucapkan, "Ahad, Ahad, Ahad".
Begitu pun dengan si anak dalam kejadian ini, setelah telefonnya
diputus oleh ibunya, ternyata benar ia dianiaya dan dirobek-robek jilbabnya.
Hanya kemudian dengan izin Allah, dia dapat kembali menutup auratnya
dan dengan hati pilu si anak pun ikut bersama makciknya. Hanya Allah-lah
yang melepaskan dari setiap kesempitan. Allah SWT berfirman, Dan orang
yang dipimpin Allah, maka tiadalah orang yang akan menyesatkannya (QS.
Az-Zumar: 37). Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada
yang dapat menunjukinya (QS. Ar Ra'du: 33).
Saudaraku, setiap orang hanya akan menjaga sesuatu yang dianggapnya
berharga dan membuang sesuatu yang dianggapnya tidak berharga. Semakin
bernilai dan semakin berharga suatu benda, maka akan lebih habis-habisan
pula dijaganya. Ada yang sibuk menjaga hartanya kerana dia menganggap
harta itu yang paling bernilai. Ada yang sibuk menjaga wajahnya agar awet
muda, kerana awet muda itulah yang dianggapnya paling bernilai. Ada
juga yang mati-matian menjaga kedudukan dan jawatannya, kerana kedudukan
dan jawatan itulah yang dianggap membuatnya berharga.
Tapi ada pula orang yang mati-matian menjaga hidayah dan taufik dari
Allah SWT kerana dia yakin bahawa hidup tidak akan selamat mencapai
akhirat kecuali dengan hidayah dan taufik dari-Nya. Inilah sebenarnya harta
benda paling mahal yang perlu kita jaga mati-matian. Nikmat iman yang
bersemayam di dalam kalbu nilainya melampaui apapun yang ada di dunia
ini.
Kerana itu, sudah sepantasnya dalam mencari apapun di dunia ini, kita
tetap dalam berjaga-jaga supaya hidayah itu tidak hilang. Misal, ketika
mencari wang untuk nafkah keluarga, kita sibuk dengan berkuah peluh
bermandi keringat mencarinya, tapi tetap berupaya agar dalam mencari wang
tersebut, hidayah dan taufik tidak sampai sirna.
Begitu pula ketika menuntut ilmu, kita kejar ilmu setinggi-tingginya
tetapi tetap dalam jagaan Allah agar hidayah tidak sampai sirna. Bahkan,
mencari nafkah, mencari ilmu, atau mencari dunia boleh lebih
mendekatkan dengan hidayah dari Allah SWT.
Ada sebuah doa yang Allah SWT ajarkan kepada kita melalui firman-Nya,
Ya Tuhan kami, jangan jadikan hati ini condong kepada kesesatan sesudah
engkau beri petunjuk, dan kurniakan kepada kami rahmat dari sisimu,
sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia (QS. Ali Imran: 8).
Demikianlah Allah Azza wa Jalla, Dzat Maha Pemberi kurnia hidayah,
mengajarkan kepada kita agar sentiasa bermohon kepada-Nya sehingga selalu
dipandu dengan cahaya hidayah dari-Nya. Betapa tidak, hidayah adalah
kurnia terindah yang diberikan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.
Imam Ibnu Athoillah dalam kitab Al-Hikam mengungkapkan, "Nur
(cahaya-cahaya) iman, keyakinan, dan zikir adalah kendaraan yang dapat
mengantarkan hati manusia ke hadirat Allah serta menerima segala rahsia
daripada-Nya. Nur (cahaya terang) itu sebagai tentera yang membantu hati,
sebagaimana gelap itu tentera yang membantu hawa nafsu. Maka apabila Allah
akan menolong seorang hamba-Nya, dibantu dengan tentera nur Illahi dan
dihentikan bantuan kegelapan dan kepalsuan".
Nur cahaya terang berupa tauhid, iman, dan keyakinan itu berfungsi
sebagai tentera pembela pembantu hati. Sebaliknya kegelapan, syirik, dan
ragu itu sebagai tentera pembantu hawa nafsu. Di antara keduanya selalu
terjadi peperangan yang tak kunjung berhenti, dan selalu menang dan
kalah.
Lebih lanjut beliau berujar, "Nur itulah yang menerangi (membuka) dan
bashirah (mata hati) itulah yang menentukan hukum, dan hati yang
melaksanakan atau meninggalkan nur itulah yang menerangi baik dan buruk. Lalu
dengan mata hatinya ditetapkan hukum, dan setelah itu maka mata hatinya
yang melaksanakan atau menggagalkannya".
Semoga Allah Azza wa Jalla mengaruniakan kepada kita penunjuk yang
membawa cahaya hidayah sehingga menjadi terang jalan hidup kita. Wallahu
a'lam bish-shawab.

No comments:
Post a Comment