Jika seseorang hendak mengetahui
kedudukannya di sisi Allah, dia hanya perlu melihat apakah kedudukan yang diberikan kepada Allah (dalam hati dan kehidupannya). [Hakim]
Perkataan yang paling dekat maknanya dengan perkembangan kendiri di dalam bahasa Al Quran ialah tazkiyahh. Tazkiyahh bermakna penyucian dan merujuk kepada pembersihan diri daripada kesemua perkara yang tidak diingini dan tidak diperlukan. Ia juga merujuk kepada penyuburan dan penguatan kualiti-kualiti di dalam diri manusia yang menjadi asas kepada pertumbuhan dan peningkatan diri.
Matlamat Hidup
Kejayaan dan kegembiraan di dunia ini dan di akhirat adalah bergantung kepada tazkiyah, penyucian dan pembentukan personaliti diri kita. Al-Quran menyatakan bahawa kejayaan yang hakiki hanya diberikan khusus kepada mereka yang berusaha untuk menyucikan diri mereka sendiri:
Kejayaan yang sebenarnya ialah seseorang yang menyucikan dirinya. [ash-Shams 9]
Personaliti kita merangkumi bukan sekadar tubuh badan tetapi juga merangkumi akal dan hati, perasaan dan sikap, peribadi dan perangai. Pembentukan dan pembinaan personaliti yang baik akan mencapai matlamat-matlamat yang memberangsangkan. Apabila matlamat-matlamat ini memberangsangkan, proses menuju dan bekerja ke arah mencapai matlamat-matlamat tadi juga akan memberangsangkan. Ini adalah sebahagian dari fitrah manusia. Dengan itu adalah sangat penting untuk kita mengenali dan memahami fitrah sebenar matlamat kita yang paling agung dalam kehidupan ini.
Kepada orang yang beriman, matlamat hidup yang paling utama ialah untuk mencari keredhaan Allah dan Syurga. Pencipta kita telah menetapkan matlamat ini
kepada kita semua: “Dan sesungguhnya Syurga itulah matlamat” [an-Naziat 41]; [al-Ankabut 29:64]; [al-Hasyr 59;20].
Ketahuilah bahawa mencapai keredhaan Allah mengatasi untuk mendapat syurga tetapi keduanya adalah sangat berkait rapat.

No comments:
Post a Comment